Thursday, January 12, 2012

Sweep me. Throw it away.

Kipas berpusing... Perlahan lahan.

Diatas tilam bersepah, semua benda kembali berpusing. Sikit demi sikit.


'Behave like a 23 years old'. Selepas asyik dengan komputer.


'Susah sangat, kahwin saja. Habis cerita'. Bila leka menonton tv.


Satu persatu keluar. Rimas. Lemas. Siapa yang suka hidupnya diatur. Semua benda harus diturut. Sesak.


Aku mahu lukiskan semuanya. Satu demi satu. Tapi, ah! Serabut.

Aku mahu tulis. Tapi aku bukan penulis yang tahu berbunga bunga. Bacaannya telus dan jujur. Kerana itu lebih lega dimata aku.

Pedulikan mata mata yang lain.


Jauh di sudut, dijilat jilat tubuhnya. Ada gatal di badan. Kau bakal jadi tempat aku menitis airmata satu demi satu. Jadi saksi bila aku jadi separuh gila kadang kadang.

Dan tanpa berbunyi sepatah apa pun, kau terus menjilat.


Mungkin begini hingga ke tua. Merana atas ego yang melambung.


P/s: Entri kacau untuk jiwa yang bilau.


Published with Blogger-droid v2.0.3

0 wishing stars: