Celakanya kamu, tidak pernah berkongsi kisah sedih kamu dengan aku.
Celakanya kamu, memesongkan aku dari dunia mu.
Celakanya kamu, meninggalkan aku tidak berlagu.
Celaka. Celaka. Celaka. Celaka.
Kamu tahu yang aku tak minta nyanyian kamu sentiasa gembira.
Jauh sekali meminta kamu sentiasa disisi aku.
Celakanya kamu. Tidak tahu yang aku sentiasa disini.
Celakanya kamu. Tidak sedar yang aku senantiasa mahu berada didalam dunia mu.
Celakanya kamu. Sepatah lagu pun tidak kamu khabarkan pada aku.
Kamu memang celaka.
Membuat aku menjadi gila.
Mencari dimana kamu berada
Kerana kamu terdiam dari sepatah kata.
Kerana kamu tidak sekuat yang kamu sangka.
Kamu memang celaka, kerana membuat aku gila.
0 wishing stars:
Post a Comment